Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KEJOHANAN PETANQUE OPEN DOUBLE TERTUTUP WILAYAH KETENGAH & JEMPUTAN

19 Januari 2026
KEJOHANAN PETANQUE OPEN DOUBLE TERTUTUP WILAYAH KETENGAH & JEMPUTAN

The Central Terengganu Development Authority (KETENGAH) organised its Monthly Assembly and 2026 New Year Address at the Community Hall (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.




Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai Kejohanan Petanque Open Double Tertutup Wilayah KETENGAH & Jemputan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.


Kejohanan ini melibatkan penyertaan sebanyak 72 pasukan dari Wilayah KETENGAH, serta jemputan dari Daerah Dungun, Marang dan Kemaman. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan malah sebagai platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat dalam sukan petanque.


Keputusan Rasmi Kejohanan:

Johan – AIA 2

Naib Johan – PEMADU 1

Ketiga Bersama – PADU 8 & FELDA 1


Turut membanggakan, pasukan KETENGAH 7 dan KETENGAH 9 berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik, sekali gus membuktikan daya saing dan komitmen tinggi atlet tempatan.


Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, yang turut menzahirkan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan dan aktiviti komuniti di Wilayah KETENGAH.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, jawatankuasa pelaksana, pengadil serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.


Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa pembangunan sukan, memperkukuh perpaduan komuniti dan melahirkan lebih ramai bakat berpotensi.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.