Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SAMBUTAN HARI RENJER SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

10 Ogos 2026
SAMBUTAN HARI RENJER SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

10 OGOS 2026 – KETENGAH telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.


Turut hadir mewakili pihak KETENGAH ialah Encik Shamsul Kamal bin Mat Amin, Pengurus Zon Bebas, KETENGAH bagi menunjukkan komitmen sokongan berterusan terhadap warga renjer yang menjadi benteng hadapan dalam memelihara serta memulihara khazanah alam semula jadi dan kepelbagaian biologi negeri Terengganu, khususnya di kawasan wilayah KETENGAH.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada semua renjer atas jasa, pengorbanan, dan dedikasi yang tidak pernah luntur demi kelestarian alam sekitar kita. "Selamat Hari Renjer Sedunia 2026"

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
250
Bulan Ini
17,185
Jumlah
3,962,065

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.