Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KUNJUNG HORMAT KETENGAH KE JPNT PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

24 Ogos 2026
KUNJUNG HORMAT KETENGAH KE JPNT PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) hari ini mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka ruang kerjasama bagi memperkasakan sektor pelancongan di Wilayah KETENGAH.


Delegasi KETENGAH yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, bersama 10 orang pegawai telah disambut oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah JPNT.


Kunjungan hormat tersebut menjadi platform strategik bagi kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh pembangunan dan promosi sektor pelancongan, khususnya melibatkan kawasan di Wilayah KETENGAH.


Antara perkara yang diberi perhatian termasuk usaha memperkasakan produk dan destinasi pelancongan sedia ada, meningkatkan strategi promosi serta memperluaskan jaringan kerjasama dengan pemain industri, agensi berkaitan dan komuniti setempat.


Kerjasama yang lebih erat antara KETENGAH dan JPNT diyakini mampu mewujudkan sinergi dalam pembangunan produk pelancongan yang berdaya saing serta memberikan nilai tambah kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.


Inisiatif ini selaras dengan aspirasi KETENGAH untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam menjana pembangunan wilayah yang inklusif, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.