Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Ladang dan Pembuatan Produk Makanan Haiwan Berasaskan Napier

30 Julai 2024
Kursus Pengurusan Ladang dan Pembuatan Produk Makanan Haiwan Berasaskan Napier

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Bahagian Ekonomi dan Usahawan bersama Encik Mohd Zabidi bin Ahmad dari Syarikat Zabidi Global Venture telah mengadakan satu kursus Pengurusan Ladang Napier dan Pembuatan Produk Makanan Haiwan Berasaskan Napier selama dua hari yang bertempat di KB003, Galeri Pavilion Usahawan KETENGAH melibatkan 13 orang usahawan rumput Napier dalam wilayah KETENGAH.


Objektif utama kursus ini bertujuan memberi pendedahan,mempelajari ilmu dan perkongsian pengalaman mengenai Projek Tanaman Rumput Napier serta membuka minda Usahawan Wilayah KETENGAH untuk membuat perubahan dan memperbaiki pengurusan dan penjagaan tanaman yang diusahakan oleh mereka.


Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Hadir sama Pengurus Ekonomi dan Usahawan, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid.


YM Dato’ turut meluangkan masa ke program memasak bubur asyura yang melibatkan usahawan projek lembah makanan KETENGAH dan merasai keenakan bubur asyura serta memuji semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh usahawan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.