Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN TAPAK BAGI MENAIKTARAF SIMPANG MASUK UTAMA KE PERBANDARAN SERI BANDI, KETENGAH JAYA DAN BUKIT BESI

1 Ogos 2024
LAWATAN TAPAK BAGI MENAIKTARAF SIMPANG MASUK UTAMA KE PERBANDARAN SERI BANDI, KETENGAH JAYA DAN BUKIT BESI

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan telah mengadakan satu lawatan tapak bersama Pihak JKR Malaysia , JKR KETENGAH dan kerjasama pihak polis bagi Projek Simpang Masuk Di perbandaran Seri Bandi, Ketengah Jaya dan Bukit Besi.


Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi cadangan sebelum perancangan pembangunan di sediakan oleh pihak JKR.


Objektif bagi pembesaran simpang masuk di perbandaran ini adalah bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat disamping meningkatkan imej dikawasan perbandaran. Selain itu juga cadangan pembesaran simpang ini bagi mengurangkan isu-isu berkaitan keselamatan pengguna.

Lawatan kerja ini diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, En. Zainuddin bin Haji Md. Zaki bersama 20 orang yang terdiri daripada wakil pihak JKR dan KETENGAH.


Hasil daripada lawatan tersebut, pihak JKR akan mengenalpasti keperluan-keperluan berkaitan bagi menambahbaik simpang masuk di perbandaran ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.