Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2024

13 Julai 2024
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2024

Pengurusan fail dan rekod amat penting dalam sesebuah jabatan. Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kefahaman kakitangan tentang garis panduan dan prosedur pengurusan fail seperti penerimaan dan pendaftaran surat, pembukaan fail, penyimpanan, pengedaran dan penutupan fail , serta sistem pengurusan fail dan rekod yang dipraktikkan mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia , satu Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2024 telah diadakan bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.


Seramai 41 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH terutamanya kakitangan lantikan baharu telah mengikuti kursus ini melibatkan sesi pembelajaran secara ‘hands on’, dan perbincangan dua hala di antara penceramah dan peserta. 


Kursus ini diadakan dengan kerjasama daripada Encik Nor Syam Irwandi bin Mat Yaacob, Penolong Pengarah Negeri I dan Puan Bonyyta Bujang, Penolong Pengarah II dari Arkib Negara Malaysia , Negeri Terengganu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.


Semoga segala ilmu yang diberikan semasa kursus ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan secara berterusan oleh pegawai dan kakitangan mengikut tatacara yang betul bagi memastikan pengurusan fail dan rekod di KETENGAH lebih teratur dan sistematik.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.