Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BAYANUL ‘ILM WILAYAH KETENGAH SIRI 3/2025

2 Disember 2025
PROGRAM BAYANUL ‘ILM WILAYAH KETENGAH SIRI 3/2025

Program Bayanul ‘Ilm Wilayah Ketengah Siri 3/2025 telah berlangsung dengan lancar pada 2 Disember 2025 di Masjid Kampung Serdang, Dungun. Penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada pengisian yang menekankan pemerkasaan iman dan pembinaan akhlak, melalui sesi penyampaian ilmu, peringatan agama serta pengukuhan kefahaman terhadap aspek-aspek kerohanian yang relevan kepada warga organisasi.


Sepanjang program, peserta berpeluang mengikuti pengisian yang disusun bagi mempertingkatkan nilai diri, memantapkan sahsiah serta memupuk budaya kerja berteraskan etika dan integriti. Pihak KETENGAH merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir serta semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan keberhasilan program ini.


Semoga manfaat daripada penganjuran ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.