Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Takziah kepada keluarga Allahyarham Asmawahi Ali

11 April 2025
Takziah kepada keluarga Allahyarham Asmawahi Ali

KETENGAH dan seluruh warganya bersedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Asmawahi Ali yang meninggal dunia ketika sedang bertugas pada hari Khamis 10 April 2025. Beliau yang bertugas di Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan merupakan kakitangan yang rajin bekerja dan sentiasa ringan tulang membantu rakan sekerja.


Beliau disahkan meninggal dunia kerana penyakit jantung setelah proses bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar dan isteri YBhg. To’ Puan Anizal binti Yusoff hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah. Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Encik Hasri Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.


Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta sedikit sebanyak meringankan beban keluarga arwah. Semoga arwah diredhaiNya jua serta di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.