Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pemanduan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Tahun 2026

11 Februari 2026
Kursus Pemanduan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Tahun 2026

Kuala Terengganu, 10 Februari 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pemanduan KETENGAH Tahun 2026 pada 10 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.


Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH. Kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, disiplin dan kesedaran keselamatan dalam kalangan pegawai serta kakitangan yang terlibat dengan urusan pemanduan rasmi jabatan.


Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahan berkaitan amalan pemanduan selamat, pengurusan risiko di jalan raya serta pematuhan tatacara dan etika pemanduan rasmi organisasi.


Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh budaya kerja profesional, berintegriti dan berorientasikan keselamatan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.