Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN POLITEKNIK HULU TERENGGANU, TERENGGANU

18 Ogos 2026
LAWATAN POLITEKNIK HULU TERENGGANU, TERENGGANU

Muzium Bukit Besi telah menerima kunjungan seramai 17 orang pelajar dan seorang pensyarah dari Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu pada 18 Ogos 2026. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Encik Fahimdin bin Mohd Yusof@ Kamal, Pensyarah Diploma Pengurusan Pelancongan.


Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sejarah pengangkutan awam yang digunakan pada era perlombongan dan pemprosesan bijih besi di Bukit Besi, yang bermula sekitar tahun 1930 oleh Syarikat Nippon Mining Company (NMC) dan kemudiannya diteruskan sehingga penutupan aktiviti perlombongan oleh Syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) pada tahun 1971.


Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sejarah perkembangan Bukit Besi, proses perlombongan dan pemprosesan bijih besi serta kehidupan masyarakat berbilang kaum yang pernah menetap dan bekerja di kawasan perlombongan ini.


Para pelajar turut berpeluang melihat sendiri pelbagai artifak dan tinggalan warisan perlombongan yang dipamerkan di muzium, serta dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas bagaimana industri perlombongan bijih besi telah membentuk perkembangan sosial, ekonomi dan persekitaran setempat.


Semoga program lawatan pendidikan seperti ini dapat diteruskan dan diperkasakan oleh pihak Politeknik Hulu Terengganu pada masa akan datang sebagai satu pendekatan pembelajaran yang informatif, santai dan berkesan, khususnya dalam memberi pendedahan kepada generasi muda terhadap kepentingan memelihara serta menghargai khazanah sejarah dan warisan negara.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.