Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE WANITA PUSPANITA KETENGAH 2026 ERATKAN SILATURAHIM DAN SEMANGAT KESUKANAN

11 Julai 2026
KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE WANITA PUSPANITA KETENGAH 2026 ERATKAN SILATURAHIM DAN SEMANGAT KESUKANAN

Al Muktafi Billah Shah, Dungun,11 Julai 2026 – Kejohanan Petanque Double Wanita PUSPANITA KETENGAH 2026 yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat setempat. Pasukan dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut menghantar wakil mereka dalam memeriahkan acara.


Kejohanan yang mempertandingkan kategori Double Wanita ini berjaya menghimpunkan sebanyak 42 pasukan yang mengambil bahagian, sekali gus membuktikan komitmen dan sokongan warga tempatan serta penglibatan aktif ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH terhadap aktiviti sukan serta program riadah yang dianjurkan.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg To’ Puan Anizal binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH. Hadir sama Puan Hajah Masriza binti Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi I, Puan Hajah Ruzaidah binti Sulong@A.Rashid, Timbalan Pengerusi II dan Puan Rosmawati binti Ismail, Timbalan Pengerusi III dan Puan Hajah Nor Farhana binti Maharudin, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH.


Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat serta meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti sukan, malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan memperkukuhkan hubungan antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dengan masyarakat setempat.


Pasukan SM4C 1 berjaya menampilkan prestasi terbaik apabila dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Petanque Double Wanita PUSPANITA KETENGAH 2026. Sementara itu, Naib Johan menjadi milik pasukan KSPW 1 selepas memberikan saingan sengit sepanjang kejohanan. Manakala pasukan PADU 3 dan SM4C 2 masing-masing berkongsi kedudukan Tempat Ketiga Bersama.


PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH sentiasa komited dalam menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada ahli, selain menyokong usaha melahirkan warga kerja yang seimbang dari aspek kesihatan, kecergasan fizikal dan hubungan sosial.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
251
Bulan Ini
17,186
Jumlah
3,962,066

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.