Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SANTUNI ANAK YATIM / YATIM PIATU WILAYAH KETENGAH SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

13 Mac 2026
PROGRAM SANTUNI ANAK YATIM / YATIM PIATU WILAYAH KETENGAH SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) telah melaksanakan Program Santuni Anak Yatim / Yatim Piatu Wilayah KETENGAH sempena Ihya’ Ramadan 1447H dengan menyalurkan sumbangan keperluan persiapan Hari Raya kepada golongan yang terlibat.


Program ini telah dilaksanakan dalam tiga siri iaitu pada 3, 11 dan 12 Mac 2026 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah serta pusat tahfiz dalam wilayah KETENGAH bagi memastikan sumbangan dapat disampaikan secara menyeluruh dan teratur.


Seramai 754 orang anak yatim dan yatim piatu telah menerima sumbangan berupa kelengkapan raya serta duit raya dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM226,200.00. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan KETENGAH dalam menyantuni masyarakat serta meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.


Encik Jafre bin Taib, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial telah hadir mewakili pengurusan KETENGAH bagi meraikan para penerima sepanjang pelaksanaan program.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.