Pada 17 Oktober 2024, Seramai 264 orang pelajar dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah berkampung selama dua (2) hari satu (1) malam di Kolej Ketengah Sdn. Bhd. bagi menghadiri Program Motivasi di bawah Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH (Siri 1).
Program Motivasi tersebut merupakan komponen di bawah Program ILMU yang dilaksanakan kepada sekolah-sekolah menengah dalam Wilayah KETENGAH dengan memberi fokus kepada calon-calon SPM dan STPM tahun 2024.
Program motivasi ini akan dilaksanakan sebanyak lima (5) siri dan siri pertama dimulakan dengan penglibatan sekolah-sekolah dalam Daerah Kemaman iaitu SMK Cheneh Baru, SMK Seri Cheneh, SMK Felda Neram dan SMK Cherul.
Program ini dikendalikan oleh pihak Kolej Ketengah Sdn. Bhd. Pembukaan program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), KETENGAH. Turut hadir Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH, Encik Rose Ridhwan bin Mohd Suan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah Sdn. Bhd. Tuan Haji Razali bin Mahmud.
Didoakan setiap perancangan yang dilaksanakan mendapat manfaat dan kebaikan kepada kumpulan sasar dalam Wilayah KETENGAH.