Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PELANCONGAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA KE TASIK KENYIR

22 Ogos 2025
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PELANCONGAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA KE TASIK KENYIR

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan satu lawatan pemantauan ke tapak projek di Tasik Kenyir yang diketuai oleh YBrs. Encik Surrendran Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC.


Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan projek penggantian dan penaiktarafan enam jeti pelancongan di Tasik Kenyir yang kini berada di fasa akhir pelaksanaan. Projek ini merupakan antara inisiatif kerajaan dalam memperkukuh kemudahan infrastruktur pelancongan negara serta meningkatkan pengalaman pelancong di kawasan tumpuan eko-pelancongan.


Turut hadir ialah Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH yang mengiringi TKSU (P) MOTAC bersama rombongan melawat ke tiga lokasi penempatan jeti iaitu Air Terjun Lasir, Taman Herba dan Air Terjun Saok.


Program lawatan ini berakhir di Taman Orkid dengan penyampaian cenderahati oleh pihak KETENGAH kepada TKSU (P) MOTAC serta rombongan sebagai tanda penghargaan.


Dengan siapnya projek penaiktarafan ini, Tasik Kenyir dijangka terus menjadi antara destinasi pelancongan ikonik negara, seiring usaha kerajaan dalam memajukan sektor pelancongan berteraskan kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.