Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SUMBANGAN BENCANA RIBUT PENDUDUK BANDAR SERI BANDI

18 September 2024
SUMBANGAN BENCANA RIBUT PENDUDUK BANDAR SERI BANDI

Pada 18 September 2024 (Rabu) telah berlaku kejadian ribut di beberapa kawasan Daerah Kemaman dan telah memberi kesan kerosakan rumah termasuk penduduk dalam wilayah di Perbandaran Seri Bandi Kemaman.


KETENGAH melalui Yayasan KETENGAH telah menyalurkan peruntukan sumbangan bagi meringankan beban penduduk yang terlibat dengan kejadian tersebut terutama dalam pembaikian kerosakan rumah.


YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KETENGAH telah hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terlibat. 


Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, pimpinan penduduk serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kampung-kampung yang terlibat. Semoga sumbangan ini dapat membantu semua mangsa yang terlibat.


Terima kasih Yayasan KETENGAH

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.