Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Keberangkatan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke Pulau Poh, Tasik Kenyir

22 April 2025
Keberangkatan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke Pulau Poh, Tasik Kenyir

DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli meninjau projek pembangunan di Pulau Poh, Tasik Kenyir.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa (Pengurus Besar KETENGAH), Encik Mohd Fadli bin Ngah, YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Pengarah Pelancongan Terengganu dan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc.


DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu telah perkenan mendengar taklimat dan penerangan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc berkenaan hala tuju serta kemudahan yang disediakan di Pulau Poh dan seterusnya, baginda berangkat melawat hotel kerajaan negeri dan Marina Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.