Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR

13 Mei 2026
KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR
Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Stor kepada pegawai serta kakitangan KETENGAH telah berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 12 Mei 2026 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Program anjuran Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan pengetahuan warga kerja berkaitan tatacara pengurusan aset alih dan stor selaras dengan peraturan serta garis panduan semasa yang berkuat kuasa.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Encik Kasim Muhamad, Perunding Latihan Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam, INTAN. Sepanjang program berlangsung, peserta telah diberikan pendedahan berkaitan pengurusan aset yang sistematik, pematuhan prosedur kerja serta aspek tadbir urus yang lebih efisien dalam pengurusan organisasi.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pengurus-pengurus KETENGAH serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat membantu meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan pengurusan aset dan stor secara lebih teratur, cekap dan berintegriti selaras dengan aspirasi organisasi

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.