Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KETENGAH TAHUN 2025

20 April 2025
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KETENGAH TAHUN 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH Tahun 2025 disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.


Majlis dimulai dengan ucapan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan sesi bersalaman serta bermaafan di kalangan warga KETENGAH.


Pengurus Besar KETENGAH dalam ucapannya berkata, “Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja KETENGAH, anak syarikat serta JKR KETENGAH. Semoga kehadiran Syawal ini menjadi detik permulaan kepada hubungan yang lebih erat sesama kita serta menyuburkan semangat perpaduan dan kesatuan dalam organisasi yang kita kasihi ini”.


YM Dato’ menambah, “Sebagaimana kata pepatah, “Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan, yang keruh kita jernihkan”. Maka sempena Syawal ini, marilah kita saling bermaafan dan membina semula jalinan ukhuwah yang mungkin tercalar dek kekangan tugas dan tekanan kerja agar lebih harmoni”.


Pelbagai juadah telah disediakan antaranya, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Kambing Bakar, Ayam Berempah, Sate, Lemang, Ketupat, Rendang dan beberapa jenis minuman. Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh semangat kekitaan dan membuka ruang interaksi secara langsung antara masyarakat dan KETENGAH dalam suasana yang penuh silaturahim serta muhibah.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.