Kedatangan bulan Ramadan Tahun 1446H pada tahun ini yang jatuh pada 2 Mac 2025 telah dimeriahkan lagi seperti kelaziman pada tahun-tahun sebelumnya dengan program jualan bazar ramadan di tiga perbandaran KETENGAH iaitu Al Muktafi Billah Shah (AMBS) Ketengah Jaya dan Cheneh Baharu.
KETENGAH telah mengadakan Majlis Penyerahan Apron kepada 110 orang peniaga bazar ramadan yang terlibat di tapak bazar ramadan. Pengurus Besar KETENGAH, YM Datoβ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, telah hadir menyantuni peniaga-peniaga bazar ramadan di Ketengah Jaya diiringi Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Manakala di Bandar AMBS telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dengan diringi oleh Encik Mohd Faiq bin Mohd Abdul Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan dan bagi perbandaran Cheneh Baharu majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) diiringi bersama Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan.













