Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 yang menghimpunkan warga KKDW, agensi bersama ahli keluarga telah berlangsung dalam suasana penuh ceria dan kekitaan.
Pelbagai aktiviti sukan, permainan dan pertandingan untuk semua peringkat umur telah dianjurkan, menjadikan sambutan kali ini sungguh meriah dan inklusif.
Selain itu, jualan usahawan desa dan pengusaha food truck telah memberi peluang warga menikmati pelbagai pilihan makanan sambil menyokong usahawan tempatan.
Sambutan Hari Keluarga ini telah disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan diiringi oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta pengurusan tertinggi KKDW.
Pentas utama turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Dato’ Jamal Abdillah, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi yang menghiburkan.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah tidak terkecuali dalam menjayakan program ini dengan penyertaan keseluruhan hampir 350 orang melibatkan kakitangan dan ahli keluarga.
Selain itu, booth pameran KETENGAH juga turut menjadi pilihan pengunjung untuk menyaksikan demonstrasi Tumbuk Emping selain untuk merasai pengalaman menyelusuri keindahan Tasik Kenyir melalui Virtual Reality Tasik Kenyir.
Terima kasih dan tahniah kepada KKDW di atas penganjuran program ini.
‘๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐’
























