โพ๏ธKETENGAH di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) KKDW telah melaksanakan Program Aspirasi Ahsan Syakhsiah Belia Luar Bandar (ASY-SYABAB) – Program Bina Insan (PBI) dengan penglibatan peserta seramai 40 orang belia daripada keluarga dalam kalangan e-kasih dan miskin dalam wilayah.
โพ๏ธ Program diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 11 sehingga 13 Oktober 2023 di Wilayah PERDA Pulau Pinang.
โพ๏ธProgram ini salah satu usaha KETENGAH bagi membantu penduduk Wilayah dalam membangunkan minda dan sikap komuniti luar bandar bagi memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik. Belia- belia ini berpotensi untuk meningkatkan jati diri dan seterusnya membantu keluarga keluar dari kepompong kehidupan sekarang.
โพ๏ธ Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah : (i.) Sesi Ice Breaking, (ii.) Sharpen The Saw : Mengenali Potensi Diri, (iii.) Komunikasi Hebat : Kau dan Aku Berbeza, (iv.) Minda Cemerlang : Mencapai Kejayaan, (v.) From Good To Great : Design Your Life dan Power Action Plan, bertujuan untuk memperkasakan peranan belia dalam wilayah agar dapat membentuk komuniti desa yang utuh pada masa hadapan seterusnya bersama-sama KETENGAH dalam mencapai matlamat pembangunannya.
โพ๏ธ Program turut diisi dengan lawatan bermaklumat ke (i.) Agro Tourism : River Cruise, (ii.) Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-Tech) dan (iii.) usahawan PERDA : Jeruk Pak Ali dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
โพ๏ธ Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YM. Datoโ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Md. Hussin, Pengurus Pembangunan Insan mewakili Pengurus Besar PERDA.