Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPTMK) telah diamanahkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memantau dan menguruskan Program Pemerkasaan Pusat Komuniti Desa (PKD) bagi komponen penganjuran Program Latihan Kemahiran dan Modal Insan PKD tahun 2024.
Bagi tujuan tersebut, satu Bengkel Prestasi Petunjuk Utama (KPI) telah diadakan pada 21 hingga 23 Julai yang melibatkan 31 orang Pengurus PKD serta Pegawai dan Kakitangan dari Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPTMK) KETENGAH. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Warisan Pahlawan Resort ( 21 – 22 Julai 2024) dan Houseboat Tasik Kenyir ( 22 – 23 Julai 2024 ).
Turut hadir sama, Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH beserta dua orang penceramah jemputan iaitu Y.M Raja Nazrin bin Raja Ahmad, Penolong Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, KKDW dan Tuan Ridwan Shah bin Bandu, Pengurus Pembangunan Komuniti, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah yang turut mengikuti bengkel ini bagi mengisi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengendalian PKD.
Antara topik yang dibicarakan dalam sesi perkongsian ilmu tersebut ialah β Memperkasa Komuniti beserta Sosial & Ekonomi Luar Bandar β oleh Y.M Raja Nazrin bin Raja Ahmad dan bicara βFrom Hero to Zero oleh Tuan Ridwan Shah bin Bandu.
Selain itu, semua peserta termasuk Pengurus PKD dan penceramah jemputan turut dibawa mengelilingi tasik kenyir dan dibawa untuk berkunjung ke beberapa lokasi di tasik kenyir seperti Taman Herba dan Air Terjun Lasir.
Peserta juga turut berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik di tasik kenyir seperti memancing dan berkayak. Tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenalkan pelbagai produk ekopelancongan yang ditawarkan oleh KETENGAH kepada semua peserta yang terlibat di samping dapat mempromosikan tasik kenyir sebagai lokasi terbaik untuk pelbagai aktiviti.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diberikan sepanjang program ini berlangsung dapat dimanfaatkan dalam pengendalian PKD di Negeri Terengganu.