logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel Perbincangan Kumpulan Bersasar (FGD) Bil 2/2023

Pada 13/12/2023, telah diadakan ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐›๐ข๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฌ๐š๐ซ (๐…GD) ๐๐ข๐ฅ.๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐›๐š๐ ๐ข ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐จ๐ž๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก KETENGAH, bertempat di Raia Hotel Convention Centre Terengganu, Kuala Terengganu.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melantik ๐ˆ๐ˆ๐”๐Œ ๐‚๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง๐œ๐ฒ ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. sebagai perunding bagi melaksanakan Program Pembangunan bagi
Kajian Sosioekonomi Penduduk Dalam Wilayah KETENGAH.

Tujuan Focus Group Discussion ini adalah bagi mendapatkan maklumat/pandangan berkaitan daripada pihak pengurusan tertinggi KETENGAH untuk ๐ƒ๐‘๐€๐… ๐๐„๐‹๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐“๐„๐๐†๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐Ÿ“ bagi Program Pembangunan KETENGAH terhadap Sosioekonomi Penduduk dalam Wilayah KETENGAH secara terperinci dan keseluruhan bagi kajian ini.

Draf Pelan Strategik KETENGAH 2035 mempunyai 4 Teras utama iaitu:-
a) Teras 1: (Ekonomi dan Keusahawanan) –
Mempelbagai dan Merancakkan Aktiviti Ekonomi dan Keusahawanan bagi Mewujudkan Ekonomi yang Berdaya Saing, Inklusif, dan Mampan.

b) Teras 2: (Pembangunan Modal Insan dan Masyarakat) – Meningkatkan Kualiti, kompetensi dan Kebolehpasaran Modal Insan Secara Komprehensif Bagi Memastikan Kelestarian Ekonomi Penduduk.

c) Teras 3: (Pembangunan Prasarana, Fizikal dan Alam Sekitar) – Menyediakan Infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam yang berkualiti dalam menyokong kehidupan yang kondusif serta memastikan kemampanan alam sekitar.

d) Teras 4: (Tadbir Urus & Sistem Penyampaian Perkhidmatan) – Memperkasakan perancangan dan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus organisasi secara komprehensif dan berkesan.

Turut hadir sama ke bengkel ini, Pengurusan Tertinggi KETENGAH iaitu Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad (Timbalan Pengurus Besar Operasi), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad (Pengurus Kanan Korporat), Pengurus-Pengurus Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai KETENGAH serta IIUM Consultancy dan Innovation Sdn. Bhd ( formerly known as IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd.) yang diketuai oleh Prof. TPr. Dr. Mariana Mohamed Osman.