logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐Ÿ‘๐Š ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐๐ข๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 telah diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2024, bertempat di Taman Kohafas Agro Darau, Jerteh, Terengganu.

Pada majlis perasmian program tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) telah menyampaikan anugerah kepada Koperasi Kakitangan KETENGAH dan Syarikat Anak (Koperasi 3K Berhad) sebagai Koperasi Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2024.

Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH merangkap Naib Pengerusi (II) Koperasi 3K Berhad telah hadir dan menerima penyampaian anugerah tersebut.

Koperasi 3K Berhad telah ditubuhkan pada 29 Mei 1981 dan sehingga kini mempunyai seramai 583 orang anggota.

Untuk rekod, pada tahun 2023, Koperasi 3K Berhad telah diiktiraf sebagai 100 Koperasi terbaik di Malaysia iaitu menduduki tempat ke 30 di Malaysia dan koperasi kedua terbaik di Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada Koperasi 3K Berhad dan seluruh anggota koperasi (kakitangan KETENGAH dan Syarikat Anak) di atas kejayaan pada tahun 2024 ini.