Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi bulan Julai 2025 telah dirasmikan oleh YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bertempat di Dewan Seri Lestari, KKDW, hari ini.
Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menyorot kejayaan KKDW bagi separuh tahun 2025 antaranya:
π pelancaran inisiatif Desa Kirana sebagai pemacu pelancongan luar bandar;
π peningkatan keputusan cemerlang SPM MRSM;
π lonjakan permohonan ke institusi TVET;
πfasa akhir penyediaan draf pindaan Akta 134; dan
π penganjuran ASEAN TVET Council 4th Regional Policy Dialogue.
Beliau menegaskan bahawa setiap tindakan yang dilaksanakan oleh warga KKDW akan memberi makna besar kepada kehidupan rakyat di desa serta peranan Lembaga Kemajuan Wilayah harus diperhalusi agar kembali memfokuskan kepada mandat teras iaitu pembangunan ekonomi tempatan, penyelarasan projek, dan pemerkasaan masyarakat desa secara strategik.
Turut diberi penekanan khusus tentang penguasaan teknologi masa kini seperti AI dan sistem digital dalam kalangan warga KKDW agar kekal cekap, tangkas dan relevan dalam era pasca-digital. Perubahan luar bandar tidak bermula dari luar tetapi bermula dari dalam, di KKDW sendiri, bersama seluruh warganya yang berjiwa besar dan berdaya saing.
Turut hadir, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha; Dato’ Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan serta warga jabatan dan agensi kementerian.