๐๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ B๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ก๐๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข di Dewan Auditorium Kolej Ketengah.
YABM KKDW telah mempengerusikan Sesi Dialog Belanjawan KKDW 2025 yang mengumpulkan lebih daripada 1,000 orang wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan dan pemain industri.
Di KETENGAH, berlangsung sesi yang sama bertempat di Dewan Auditorium, Kolej Ketengah Sdn. Bhd. dan mengumpulkan 76 pihak berkepentingan dan pemain industri yang terdiri NGO’s, usahawan luar bandar, penggiat pelancongan luar bandar, JPKK, ahli akademik, serta penyewa dan pembeli premis di Wilayah KETENGAH.
Sesi yang dijalankan secara fizikal dan secara dalam talian ini telah menunjukkan bahawa kerajaan terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam melibatkan semua pihak dengan lebih mudah serta efisien.
Sepanjang sesi dialog ini berlangsung, YABM KKDW telah mendengar dan meneliti setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan dan segala input yang diterima akan diserahkan kepada Pasukan Belanjawan MOF untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober nanti.
Semoga usaha ini membuahkan hasil dalam memastikan Belanjawan 2025 yang lebih inklusif dan dapat memenuhi keperluan sebenar rakyat di seluruh negara khusunya warga desa yang kita santuni.