logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป

Kolej Ketengah telah menerima kedatangan delegasi Politeknik Negeri Bengkalis, Indonesia dalam satu kunjungan pertukaran budaya ke Negeri Terengganu semalam. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan persahabatan serta pertukaran ilmu dan budaya antara kedua-dua institusi pendidikan.

Delegasi Politeknik Negeri Bengkalis yang terdiri daripada 39 orang pelajar diiringi oleh pensyarah-pensyarahnya, iaitu Yang Berbahagia Dr. Halim Dwi Putra, M.AB selaku Koordinator/Ketua Delegasi, Puan Doris, M.Pd, dan Encik Pebriadi, S.AP. Kehadiran mereka disambut meriah dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna.

Majlis sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat termasuk Yang Berbahagia Encik Zahari bin Mat, Pemangku Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Terengganu, serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.ย 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YM Puan Sharifah Nooraini Binti Mohammad, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Daerah Dungun, Ketua-ketua bahagian Pentadbiran, Akademik, HEP, dan TVET Kolej Ketengah, bersama barisan pensyarah serta kakitangan. Tidak ketinggalan, ahli jawatankuasa Persatuan Kebudayaan Daerah Dungun dan para pelajar dari kedua-dua institusi turut memeriahkan acara.

Kunjungan ini dijangka akan membuka lembaran baharu dalam kerjasama akademik dan kebudayaan, seterusnya memperkaya pengalaman pelajar serta memupuk persefahaman antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun. Kolej Ketengah berharap agar program pertukaran budaya sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi manfaat bersama