YBhg. Datoโ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada syarikat subsidiari di bawah KETENGAH Holding Sdn. Bhd. pada 22 Disember 2025 di Wisma Audit Negeri Terengganu.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 adalah bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
KETENGAH diwakili oleh YM Datoโ Tengku Ahmad Nadzri Bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH melibatkan syarikat subsidiari KETENGAH iaitu Ketengah Holdings Sdn. Bhd., KH Mineral Sdn. Bhd.; Ketengah Properties Sdn. Bhd.; Ketengah Niaga & Tours Sdn. Bhd.; Kuari Trengganu Tengah (KTT) Sdn. Bhd., Ketengah Agrostock Sdn. Bhd., Kolej Ketengah Sdn. Bhd. dan Ketengah Perwira Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.











