logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Panduan dan Tatacara Perolehan Kerajaan

26-28 Februari 2023-Kuala Lumpur.
Seramai 58 peserta yang terdiri daripada pengurus-pengurus bahagian dan kakitangan KETENGAH yang menganggotai jawatankuasa perolehan telah mengikuti Kursus Panduan dan Tatacara Perolehan Kerajaan: Pengurusan Sebut Harga dan Tender bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur.
Objektif utama kursus ni adalah meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan tatacara perolehan, memahami skop dan peranan jawatankuasa serta pekeliling dan arahan yang digunapakai serta mengenalpasti isu yang melibatkan tatacara perolehan di KETENGAH.
Kursus yang diadakan selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Encik Taufiq Mohamed Mustafa, Penolong Setiausaha , Sektor Dasar Perolehan Kerajaan dan Akreditasi Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.