logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

20 Suri terima bantuan pembiayaan peralatan jahitan

“Seramai 20 suri dari Wilayah KETENGAH mendapat bantuan pembiayaan peralatan jahitan di bawah Program Suri Impian (SURIA) berjumlah RM100,000 bagi menambah pendapatan keluarga sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan.”
Petikan ucapan dari Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob semasa Program Ramah Mesra YAB PM Bersama Warga KETENGAH sempena Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022 baru-baru ini.
Kerajaan sentiasa mengambil cakna nasib penduduk luar bandar dengan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan peningkatan pendapatan rakyat dapat dipertingkatkan.
Puan Noriziana binti Aliyah merupakan salah saorang penerima berkata “saya amat bersyukur kepada Allah SWT. dan berterima kasih kepada YAB PM kerana sudi membantu keluarga kami. Saya akan menggunakan peralatan yang dibekalkan kepada saya sebaik-baiknya. Terima kasih YAB PM dan KETENGAH.”