logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

AMCT 2018

Lebih 200 peserta berkampung di Tasik Kenyir selama tiga hari, bermula hari ini, 1 Disember 2018 hingga 3 Disember 2018 untuk menyertai pertandingan memancing Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM44,000. Penyertaan pada edisi kali ini terdiri daripada peserta negara Malaysia, Korea, Thailand, Brunei, Singapura dan China berentap dalam sembilan kategori dipertandingkan, antaranya Raja AMCT 2018, Raja Seberau, Raja Toman, Raja Istimewa, Terbaik Barramundi dan Pemancing Terbaik.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asnawi Bin Haji Mohd Amin, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH. Disamping itu beliau bersama-sama peserta turut melepaskan kira-kira 100,000 benih ikan pelbagai spesies di Sungai Leban. Tahniah kepada semua pemenang.