logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Tahniah Spectra dan Tulip

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menghantar penyertaan dua kumpulan KIK iaitu Spectra dan Tulip  pada Konvensyen Team Excellence 2018 bersempena Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2018 yang telah  berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) pada 13-15 November 2018. Pada Konvensyen kali ini kumpulan Spectra dan Tulip telah mendapat pengiktirafan Anugerah […]

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 8/2018

Pada 6 November 2018, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 8/2018, bertempat di Dewan Tingkat 3, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Majlis yang menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak syarikat ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan KETENGAH Bersama Membangun, kemudian disusuli tayangan video aktiviti yang dijalankan sepanjang […]

Kejohanan Golf Jemputan

Pada 3 November 2018, telah berlangsung satu Kejohanan Golf Jemputan Sempena Sambutan 45 Tahun KETENGAH. Seramai 45 orang peserta telah mengikuti kejohanan ini. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Encik Zukaimi bin Ahmad dari KETENGAH. Hadir sama pada kejohanan tersebut YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Bengkel Pengemaskini Projek KIK KETENGAH

Bagi menyemarakkan budaya inovasi sektor awam, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sentiasa memberikan peluang kepada kakitangannya meneroka peluang untuk mengetengahkan projek KIK mereka bagi menyertai pertandingan inovasi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pada tahun ini sebanyak dua kumpulan KIK iaitu Kumpulan Spectra dan Tulip telah berjaya menyertai Konvensyen KIK peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada […]

Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018

Bertempat di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang, seramai 36 orang Pegawai KETENGAH dan Anak Syarikat dihimpunkan bagi menghadiri Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018 bermula pada 16-18 Oktober 2018. Kursus yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan, membina keyakinan diri serta sentiasa berfikiran positif dan mengeratkan silaturrahim antara […]

JASAMU TETAP DIKENANG

Puan Hajah Hanisah binti Abdullah, satu nama yang tidak asing lagi dikalangan warga KETENGAH. Beliau merupakan isteri kepada mantan Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Omar bin Ismail. Hajah Hanisah memulakan tugas sebagai Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Ketengah pada 5 Januari 2016 susulan persaraan To’ Puan Hajah Rose bt Yaacob. Sepanjang 2 tahun menerajui PUSPANITA, Hajah […]