YAB Menteri Besar Terengganu ke Tasik Kenyir

9 Ogos 2017: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi KETENGAH dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria telah mengadakan lawatan sehari ke Projek Pembangunan Tasik Kenyir. Hadir sama mengikuti lawatan tersebut YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri merangkap ADUN Telemong, pegawai-pegawai […]
Silaturrahim Dieratkan Melalui Aktiviti Kesukanan

Program Jalinan Mesra Kasih Masyarakat Al Muktafi Billah Shah 2017 merupakan aktiviti KETENGAH yang diadakan bertujuan memupuk semangat ukhwah dan merapatkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara Pemimpin, KETENGAH, masyarakat setempat dan NGO’s di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS). Program ini, melibatkan enam (6) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terdapat di bandar AMBS […]
Sejarah Tercipta

Majlis Pelancaran Operasi Jualan Bebas Tasik Kenyir pada 1 Ogos 2017 ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman. Pembangunan Zon Bebas ini berfokus kepada pembangunan Fasa Pertama di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Pulau Bayas bagi menyokong pembangunan pelancongan akua-eko dalam mengukuhkan fungsi Tasik Kenyir sebagai […]
Kursus Motivasi Kepada Kumpulan Sokongan 1

Kursus Motivasi “The Power Of Influence” bagi kumpulan sokongan 1 telah dijalankan pada 25-26 Julai 2017 bertempat di Suria Cherating Beach Resort, Kuantan Pahang. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Mashitah bt Mohamad Shariff dari Syarikat Dale Carnagie. Tujuan utama adalah bagi memupuk keyakinan diri, cara membentangkan idea, memotivasikan orang lain dan mempertingkatkan hubungan ditempat […]
200 Orang Bakal Haji Wilayah KETENGAH Diraikan

Seramai 200 orang bakal haji diraikan dalam satu majlis Meraikan Bakal Haji Wilayah KETENGAH 1438H/2017M (Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah,Terengganu. Ceramah , pesanan dan tip-tip berguna juga telah disampaikan oleh Ustaz Syukri bin Ali, Penceramah bebas dan mantan Pegawai Agama Istana Terengganu. Majlis tersebut […]
Kemeriahan Majlis Bersama Menteri KKLW.

Majlis Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wilayah KETENGAH telah berlangsung pada 20 Julai 2017 bertempat di Padang Astaka Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu. Kemeriahan jelas terasa dengan kehadiran YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Majlis ini merupakan rangkuman daripada beberapa program lain iaitu Majlis Penyerahan Peralatan […]