MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN PENGERUSI KETENGAH

Dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat serta agensi-agensi kerajaan dengan penduduk setempat, KETENGAH telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH, pada 12 Jun 2017 bertempat di perkarangan Masjid Kampung Minda, Hulu Dungun. YBhg Dato’ Din bin Adam sebelum itu turun padang bagi menyerahkan bantuan kepada golongan […]
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan kira-kira RM712,900 melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini. TAMK adalah dana sumbangan diperoleh hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor dan keuntungan diserahkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran. Pada 3 Jun 2017 YAB Dato’ Seri Ahmad […]