19 Disember 2022-Hulu Terengganu.
Sesi penghantaran barangan bantuan banjir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Terengganu (JKM) seperti beras, sardin, bihun, lampin pakai buang dan air mineral serta Kit Bantuan Bencana KETENGAH kepada pelancong yang terkandas di Tasik Kenyir telah diagihkan pada jam 6.30 petang tadi.
Penghantaran telah dibuat melalui Pengkalan Sungai Como dan dihantar ke Pengkalan Gawi menggunakan aset KETENGAH (Bot). Kerjasama ini melibatkan kakitangan KETENGAH, Bomba, SMART, JKM dan lain-lain agensi.
Agihan kepada pelancong yang terkandas telah dibuat dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir (PPTK).
Post Views: 1,030