logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

BASKET MADANI SIRI V

Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET MADANI) Siri V telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Bandar Ceneh Baharu, Kemaman, Terengganu. Program yang dijayakan bersama oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar.

Pelbagai produk segar dijual semasa program tersebut antaranya seperti ayam kampung, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk-produk usahawan IKS.

Jualan Rahmah Bergerak turut diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis) di mana harga barangan dijual pada harga yang murah. Selain itu, penduduk setempat juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah serta turut dihiburkan dengan persembahan buskers.

KETENGAH turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dimana telah memberi peluang kepada masyarakat setempat menyuarakan pandangan dan melontarkan masalah yang merekahadapi.
Program ini merupakan salah satu platform yang disediakan kepada orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan asas dan produk-produk usahawan bimbingan KETENGAH dengan harga yang lebih berpatutan.

Semoga dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam menambahkan pendapatan mereka dan memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah berbanding biasa.