logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel Pra-Desa Lestari Zon Timur Tahun 2024

KETENGAH telah dilantik oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai Agensi Pelaksana di bawah Program Modal Insan dan Kemasyarakatan KKDW dengan jayanya menganjurkan Bengkel Pra-Desa Lestari Zon Timur bagi Negeri Terengganu dan Pahang pada 13 – 16 Mei 2024 bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bengkel dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada komuniti dalam perancangan dan pembangunan kampung melalui koperasi komuniti ke arah memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat luar bandar, penyediaan perancangan projek dan pembentangan akan dinilai sebagai asas pemilihan Desa Lestari.

Sebanyak 14 koperasi yang terdiri daripada 8 koperasi dari negeri Terengganu dan 6 koperasi dari negeri Pahang telah terlibat dalam bengkel ini di mana Ahli Lembaga Koperasi telah didedahkan dengan Konsep Desa Lestari, Kefahaman Berkoperasi, Pulangan Modal, Penyediaan Perancangan Projek dan Penemuan-Penemuan Audit Dalam Pelaksaanan Desa Lestari.

Turut terlibat ialah Koperasi Komuniti Kampung Delong Dungun Berhad dari Kampung Delong, Dungun, Terengganu dengan cadangan Projek Agro Pelancongan. Permohonan ini bagi meningkatkan lagi pengupayaan projek sedia ada yang dilaksanakan oleh pihak Koperasi iaitu ternakan ikan sangkar, pemuliharaan tuntung di samping produk pelancongan yang terdapat di Sungai Dungun.

Bengkel ini melibatkan penceramah-penceramah dari Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, KKDW, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Unit Audit, KKDW.
Kesemua koperasi telah membentangkan Rancangan Perniagaan (RP) masing-masing kepada Panel-Panel Penilai iaitu Ketua Urusetia Desa Lestari, KKDW, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), SKM dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Diharap program ini dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat luar bandar dalam membuka peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.