logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel Tatacara Perolehan

Pada 10 hingga 11 Julai 2019, telah berlangsung Bengkel Tatacara Perolehan Kepada Ahli Jawatankuasa Perolehan KETENGAH 2019 yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. 

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Norliza binti Isa, penceramah daripada INTIM yang telah mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar kepada semua peserta. 

Seramai 38 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH serta pegawai-pegawai daripada Unit JKR KETENGAH yang menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa perolehan telah dipilih mengikuti bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan berkaitan tatacara perolehan, memahami skop dan peranan jawatankuasa perolehan serta pekeliling arahan yang digunapakai.