logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH

Tadabbur Al-Quran

2 April 2026 (Khamis) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH sebagai pengisian rohani warga kerja, yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Tuan Abdullah bin Raja Ismail. Program ini menjadi wadah untuk warga KETENGAH mendalami penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran, sekali gus memperkukuh nilai keimanan, kebijaksanaan dan integriti dalam melaksanakan setiap amanah serta […]

YAYASAN KETENGAH SALUR SUMBANGAN KECEMASAN BANTU PENDUDUK TERJEJAS MUSIBAH DI HULU TERENGGANU

sumbangan-3

Ajil, Hulu Terengganu, 1 April 2026 – Yayasan KETENGAH terus menzahirkan keprihatinan serta komitmen berterusan terhadap kebajikan masyarakat dengan menyalurkan Sumbangan Kecemasan kepada penduduk yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang yang menghempap kediaman mereka pada 29 Mac 2026 lalu. YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH merangkap Pengerusi Yayasan KETENGAH, telah turun padang meninjau sendiri […]

KETENGAH PERKUKUH AGENDA PENDIGITALAN MELALUI LAWATAN KERJA KE TM KLANG VALLEY DATA CENTER, CYBERJAYA

Featured Image

Cyberjaya, 31 Mac 2026 – Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat, pendigitalan sektor awam menjadi satu keperluan yang tidak boleh dielakkan. Malaysia, sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju, turut memberi penekanan terhadap transformasi digital dalam pentadbiran kerajaan. Bagi memperkasakan agenda pendigitalan di KETENGAH, pihak pengurusan KETENGAH telah mengadakan lawatan kerja […]

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Featured Image

Pengkalan Gawi, 29 Mac 2026 – Projek Pusat Hentian Kenderaan Berat Wilayah KETENGAH di Pengkalan Gawi telah siap dan boleh digunakan untuk kemudahan awam. Projek ini merupakan usaha berterusan KETENGAH dalam mempertingkatkan penyediaan kemudahan infrastruktur awam yang lebih terancang, selamat dan kondusif khususnya bagi kegunaan kenderaan berat di kawasan berkenaan. Pelaksanaan projek ini merupakan langkah […]

KETENGAH Menghargai Khidmat Bakti Encik Mohd Shamsuddin

655863638_1393823856108401_7226438965807321655_n

25 Mac 2026 (Rabu), menandakan hari bekerja terakhir Encik Mohd Shamsuddin bin Mohd Zaidi, Pembantu Penguatkuasa Gred KP3, Bahagian Zon Bebas, sebelum bersara wajib pada 28 Mac 2026. Sepanjang 40 tahun 0 bulan 27 hari berkhidmat, beliau telah menunjukkan komitmen, dedikasi, dan semangat tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan. Beliau juga dikenali sebagai pegawai […]

KETENGAH Hargai Warga Kerja Melalui Program Agihan Sumbangan

Program Agihan Goodies 4

Pada Isnin, 17 Mac 2026, bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH Al Muktafi Billah Shah, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melaksanakan Program Agihan Goodies kepada petugas pembersihan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, selesa dan kondusif. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri […]