logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Selamat Bersara

Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang setelah menabur baktinya selama 35 tahun di KETENGAH. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan ) KETENGAH. Beliau merupakan seorang ketua yang mesra, sentiasa tersenyum dan dedikasi dalam menjalankan tugas. Seluruh warga KETENGAH amat terhutang budi dan […]

Jamuan Hari Raya KETENGAH

Pada 17 Julai 2016, KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di RTC Terengganu, Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu mendapat sambutan yang sangat meriah daripada penduduk sekitar Wilayah KETENGAH.

Kembara Ramadhan Bumi Darul Iman 2016

Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail bersama Timbalan KSU, YBhg. Dato’ Dr Ahmad Jailani menyampaikan sumbangan sempena Kembara Ramadhan Bumi Darul Iman 2016 di Kg Basung dan Kg Pasir Dula.

Majlis Berbuka Puasa Kg Pasir dula

Bersempena program CSR PPTD 2016 juga turut diadakan Majlis Berbuka Puasa KETENGAH bersama penduduk setempat Kg. Basung & Kg. Pasir Dula.

Bengkel Penerangan RBC

Taklimat telah disampaikan oleh En Norlukmal Mat Ghani dan disempurnakan oleh Pengurus Ekonomi dan Usahawan, En Mohd Azmi bin Muda. Rural Business Challenge (RBC) adalah satu Pertandingan Rancangan Perniagaan (RP) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH

DUN Air Putih menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan acara tahunan KETENGAH iaitu Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH. Bagi tahun 2016, sebanyak 12 buah kampung di bawah DUN Air Putih melibatkan 478 orang penerima telah dikenalpasti bagi menerima sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin […]