logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perhimpunan Bulanan Kali Ke 10/2013

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali ke 10/2013 telah diadakan pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH. Di dalam perhimpunan kali ini, Pengurus Besar telah mengingatkan kepada semua kakitangan agar dapat meningkatkan prestasi kerja supaya imej jabatan dapat dipertingkatkan yang turut memberi impak kepada penduduk Wilayah KETENGAH. Selain itu, menurut beliau, Usahawan KETENGAH […]

Pengurus Besar Turun Padang

Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud telah turun padang melihat sendiri keadaan mangsa banjir di Kg Belimbing, Kg Pasir Raja dan Kg Shukor, Dungun, Terengganu. Pengurus Besar telah mengagihkan bantuan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan banjir. Hadir sama Pengurus Kesejahteraan Rakyat, Tuan Haji Sedek bin Embong dan Presiden Kelab 3K, […]

Ketengah Prihatin

Pengurus Besar KETENGAH meninjau kemusnahan akibat banjir di Kg Air Putih. Hampir keseluruhan kampung ini telah ditenggelami air dan 3 buah rumah penduduk telah dihanyutkan. Kebanyakan mangsa masih berada di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Air Putih. Pengurus Besar juga melawat Pusat Pemindahan Banjir di Kg Teladas, Kg Dadong dan Bandar Cheneh Baharu. Bantuan […]

Program Gotong Royong di Kampung Air Puteh

Satu program Gotong Royong Kampung Air Puteh telah diadakan pada 17hb Disember 2013. Berikutan kerosakan yang teruk akibat banjir baru-baru ini, KETENGAH bersama sukarelawan bagi program ini seramai 100 orang pegawai dan kakitangan dan turut. serta Puspanita Cawangan Kecil Ketengah membantu penduduk Kampung Air Puteh bagi meringankan beban mereka. Mereka telah dibahagikan kepada kumpulan kecil […]

Karnival Perasmian Mini RTC

Pada 16 Disember 2013 (Isnin), telah berlangsung Karnival perasmian Mini RTC secara serentak melibatkan tiga Mini RTC iaitu Mini RTC Bukit Besi, Mini RTC Kuala Jengal dan Mini RTC Pasir Raja. Perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Yb Encik Roslee bin Daud Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi yang bertempat di Mini RTC Bukit Besi. […]

Karnival Perasmian Mini RTC Tok Has, Besut

Karnival perasmian Mini RTC Tok Has, Besut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yb Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan II merangkap ahli parlimen Besut pada 14 Disember 2013 (Sabtu) bersamaan 08 safar 1435H. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam membuka gerai pameran dan jualan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 […]