logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH bawa pulang 3 Emas

Tamatlah sudah acara sukan Makspen XIII Kedah 2015 yang telah bermula pada 12 hingga 15 Ogos 2015 baru-baru ini. Alhamdulillah, KETENGAH telah menduduki tangga ke 4 dalam kejohanan sukan Makspen kali ini dengan jumlah pingat Emas 3, Perak 7 dan 9 pingat Gangsa. Semangat juang yang ditonjolkan oleh semua atlit adalah lebih bermakna dari jumlah […]

Projek Bernilai RM50.5 Juta Di Bandar AMBS

Satu Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Bercampur Bandar AMBS yang disempurnakan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu telah diadakan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Projek pembangunan bercampur yang bernilai sebanyak RM50.5 juta itu akan dibangunkan oleh Ketengah Holding Sdn Bhd dengan kerjasama pemaju Jassel Enterprise Sdn Bhd dijangkakan siap […]

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Sehubungan dengan itu, KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M yang bertempat di RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun pada 28 Julai 2015. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. […]

Gendang Semangat Telah dipalu

MAKSPEN XIII KEDAH 2015 akan berlangsung selama 5 hari bermula pada 12 hingga 16 Ogos 2015. Kejohanan sukan yang menghimpunkan kesemua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Ini merupakan wadah untuk kesemua warga KKLW berkumpul, bersukan dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahaim sesama mereka. Persiapan kontijen KETENGAH dalam menghadapi […]

Mini Konvesyen KIK Peringkat KETENGAH

KETENGAH mengambil inisiatif mengadakan Mini Konvesyen KIK dengan melibatkan sebanyak 13 buah kumpulan KIK yang terdiri daripada bahagian-bahagian dan anak syarikat KETENGAH. Program tersebut diadakan di TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang bermula pada 26 hingga 27 Julai 2015. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan […]

Ceria Pagi Syawal

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurus Besar KETENGAH yang diadakan pada Hari Raya Pertama iaitu Jumaat, 17 Julai 2015, berlangsung sangat meriah dengan kehadiran penduduk wilayah KETENGAH serta kakitangan KETENGAH. Rumah terbuka yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu menyaksikan orang ramai saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan.