Lawatan Naziran ICU JPM ke Ketengah pada 25 Jun 2015
Pada 25 Jun 2015, KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh oleh Encik Mohd Sufian bin Hassan, Timb. Pengarah Bhg. Badan Berkanun & Pembangunan Institusi Sektor Pusat Transformasi Penyampaian, ICU, JPM. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meneliti aspek-aspek pengurusan, menilai prestasi dan penilaian out come […]
Bengkel Pemantapan KIK KETENGAH 2015
Satu Bengkel Pemantapan KIK KETENGAH 2015 telah diadakan pada 13 hingga 14 Jun 2015 bertempat di TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Bengkel ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan mengenalpasti masalah-masalah para peserta KIK. Turut serta bersama bengkel ini adalah Kumpulan KIK daripada Kolej Ketengah dan Anak Syarikat Ketengah. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah […]
Warna Warni Festival
Festival Kenyir 2015 sudah berlalu. Berbagai acara telah disajikan kepada pengunjung-pengunjung, antaranya ialah Konsert Fiesta DTasik, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Karaoke, Bicara Ummah, Malam Kesenian & Kenyir Berselawat dan juga Konsert Sentuhan Kasih (MKI) yang merupakan acara wajib setiap kali festival diadakan. Beribu pengunjung telah membanjiri Festival Kenyir 2015 yang diadakan berikutan bersempena minggu pertama […]
Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara Malaysia
Pada 11 Jun 2015, KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara Malaysia beserta rombongan di Ibu Pejabat KETENGAH. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Besar Ketengah, Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Pusat Giat Mara AMBS, Tapak Cadangan Baru Pusat Giat Mara dan RTC Terengganu.
Festival Kenyir 2015
Festival Kenyir 2015 telah berlangsung mulai 31 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri pada 1 Jun 2015 bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Turut serta ialah Dato Sahul Hamid, YB Bazlan Abd Rahman, Dato Haji Tengku […]
Program KKLW Community Social Responsibility (KCSR)
Pada 13 hingga 14 Jun 2015, seramai 42 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah bertandang ke Wilayah KETENGAH atas Program KKLW Community Social Responsibility (KSCR) dengan kerjasama KETENGAH, JKKK Kampung Pasir Dula dan JKKK kampung Basung, Hulu Terengganu. Program perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Rozi bin Haji […]

