Lawatan Teknikal Projek Lembah Makanan KETENGAH

Satu lawatan teknikal bersama Agensi berkaitan telah diadakan pada 13.2.2024 (Selasa). Lawatan ini diadakan bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan teknikal dalam memperkasakan Projek Lembah Makanan KETENGAH. Lawatan yang diketuai oleh En. Mohd Faiq bin Mohd Abdul Majid (Pengurus Ekonomi dan Usahawan KETENGAH) turut disertai oleh Pengarah FAMA Negeri Terengganu, wakil Jabatan Pertanian, Wakil Jabatan […]
Program Bicara Ilmu Wilayah KETENGAH Sempena Peristiwa Israk & Mikraj 1445H/2024M

KETENGAH telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Wilayah KETENGAH Sempena Peristiwa Israk & Mikraj 1445H/2024M secara serentak di 5 perbandaran KETENGAH dengan tajuk “Syafaat Rasulullah, Pembuka Pintu Syurga”. Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah SWT yang […]
Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Pada 5 Februari 2024, Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Seramai 26 orang yang terdiri daripada Pengerusi KETENGAH, Pengurus Besar KETENGAH, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat […]
Aktiviti Gotong Royong pembersihan kawasan terjejas banjir

KETENGAH telah melaksanakan aktiviti gotong royong pembersihan kawasan terjejas banjir bersama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan NGO’S. Pihak KETENGAH telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki dengan kekuatan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan. Tumpuan aktiviti pembersihan hari ini adalah membersih kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Raja yang […]
KETENGAH perkasakan industri Pelancongan Desa

KETENGAH melalui Bahagian Pelancongan mengorak langkah untuk memperkasakan industri pelancongan desa apabila satu sesi libat urus bersama Politeknik Hulu Terengganu (PHT) diadakan pada 30hb Jan 2024. Delegasi KETENGAH yang diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) dimulakan dengan sesi perkenalan bersama YBrs. Hj. Azahan bin Hj. Daud, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu […]
Skuad Sukarelawan KETENGAH bantu penduduk yang dilanda musibah banjir

Skuad Sukarelawan KETENGAH telah digerakkan membantu penduduk yang dilanda musibah banjir. Skuad ini melibatkan seramai 80 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH telah membersihkan rumah di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor bersama agensi-agensi Kerajaan lain. Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa turut serta membersihkan rumah Encik Ramlan […]