𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝟑𝐊 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐝𝐢𝐮𝐦𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 telah diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2024, bertempat di Taman Kohafas Agro Darau, Jerteh, Terengganu. Pada majlis perasmian program tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) telah menyampaikan anugerah kepada Koperasi Kakitangan KETENGAH dan Syarikat Anak (Koperasi 3K […]
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE TASIK KENYIR

KETENGAH telah menerima kunjungan Lawatan Kerja daripada Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 22 hingga 23 Ogos 2024 bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Lawatan kerja yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar KETENGAH, Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri […]
Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024

Seramai 17 pegawai telah menghadiri Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024 yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Kursus ini sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran digital dan keselamatan siber. Melalui kursus ini juga, para peserta dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi dalam […]
PROGRAM SENTUHAN KASIH DESA MADANI DAN KEMBARA MERDEKA & EKSPORASI DESA 2024

KETENGAH telah menjayakan bersama Program Sentuhan Kasih Desa Madani dan Kembara Merdeka & Eksporasi Desa 2024 Anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Program yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 ini telah bermula dengan Kembara Merdeka dari Dataran Memorial Kemerdekaan, Negeri Melaka yang telah disertai bersama oleh pelbagai Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan […]
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐇𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐇𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍 (𝐒𝐔𝐑𝐈𝐀) 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH 2024. Program ini melibatkan Ibu tunggal dan Suri rumah dalam Wilayah KETENGAH bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui skop kemahiran jahitan. Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, satu sesi penyerahan peralatan jahitan kepada […]
KEMAH 2024

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu telah menjayakan pelaksanaan Kem Keibubapaan Hebat (KEMAH) 2024 pada 9 – 11 Ogos 2024 (Jumaat- Ahad) bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu. Program yang dilaksanakan di bawah LPPKN ini telah bermula sejak Tahun 2023 dengan penglibatan penduduk dalam […]

