Sumbangan Kelab Keluarga KETENGAH

16 April 2023 (Ahad)-Al Muktafi Billah Shah. Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) telah menyampaikan sumbangan berupa kuih raya dan sampul duit raya khas sempena Ulang Tahun 50 Tahun Penubuhan KETENGAH kepada setiap ahli. Program yang diadakan secara tahunan ini merupakan ingatan tulus ikhlas daripada kelab 3K terhadap ahlinya. Semoga sumbangan ini akan memberi sedikit sebanyak […]
Majlis Doa Selamat dan Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena 50 Tahun Penubuhan KETENGAH

12 April 2023-Al Muktafi Billah Shah. Majlis Doa Selamat dan Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena 50 Tahun Penubuhan KETENGAH telah berlangsung sebentar tadi dengan kehadiran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Wang. Kehadiran beliau telah disambut kira-kira1,080 orang bertempat di pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. […]
Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KETENGAH

Hari ini 12 April 2023, merupakan Jubli Emas Penubuhan KETENGAH, setelah 50 tahun menabur bakti di wilayahnya yang dahulu merupakan hutan belantara kini berubah wajah menjadi pusat penempatan. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen […]
Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK)

10 April 2023-Hulu Terengganu.Seramai 223 orang penerima Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang terdiri daripada golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang sakit terlantar telah menerima sumbangan mereka di 2 lokasi berbeza. Lokasi pertama iaitu Kampung Durian Kassim, seramai 98 orang telah menerima sumbangan TAMK daripada Pengurus Kanan Korporat KETENGAH, Tuan Haji Mahdi Amin […]
Majlis Khatam Al Quran

Para peserta Tadarus Al Quran KETENGAH seramai 31 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Nubairi bin Mat Noor telah mengadakan majlis Khatam Al Quran bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH. Majlis ini diharap dapat mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan melalui Al Quran demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang […]
Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

5 April 2023 – Masjid Al Azim FELDA Kerteh 3, Dungun.KETENGAH dengan kerjasama MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1444H/2023. Program dimulai dengan tausiah dari Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) disusuli dengan ucapan dari Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin […]