logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

340026958_1025145868455660_7804537508774513374_n

5 April 2023- Masjid Padang Pulut, Dungun. Seramai 124 orang yang terdiri daripada golongan asnaf 49 orang, Orang Kelainan Upaya (OKU) 69 orang dan mereka yang sakit terlantar seramai 6 orang telah menerima bantuan dari Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) dalam satu majlis pada hari ini. Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak […]

Majlis Santunan Kasih Ramadan

338011678_173767058812233_1775327629221324170_n

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbuka puasa bersama 1,500 orang masyarakat setempat pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir. Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya dan hamper kepada anak-anak yatim. KETENGAH turut menyerahkan sumbangan kepada pusat […]

Program Santunan Kasih Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri

337888989_176556515194206_7653693276834481489_n

28 Mac 2023-Kuala Terengganu. Membeli pakaian baru untuk digayakan pada pagi Syawal sememangnya diimpikan oleh semua. Namun, tidak semua berpeluang untuk membeli pakaian baru memandangkan ada golongan kurang bernasib baik dan miskin. KETENGAH melalui saluran peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah menceriakan seramai 84 orang anak yatim di sebuah pasaraya terkenal […]

KETENGAH serah Apron secara percuma kepada semua peniaga Bazar Ramadan

337708764_775060610790513_4905176944457611887_n

Pengendali makanan yang berniaga di Bazar Ramadan harus sentiasa mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih serta menjaga kebersihan diri sewaktu mengendalikan makanan sepanjang Ramadan ini. Sehubungan dengan itu melalui satu acara ringkas, KETENGAH telah menyerahkan Apron secara percuma kepada semua peniaga Bazar Ramadan di 4 perbandaran KETENGAH yang melibatkan seramai 155 orang peniaga.

Simulasi Lawatan ke Pavilion Usahawan KETENGAH dan Muzium Bukit Besi

336918006_182836157838289_2956318063475069884_n

22 Mac 2023 – Satu sesi Simulasi Lawatan ke Pavilion Usahawan KETENGAH dan Muzium Bukit Besi telah diadakan dengan melibatkan seramai 37 orang pelajar dari Kolej KETENGAH Sdn Bhd dan 4 orang pegawai pengiring. Di Pavilion Usahawan KETENGAH, para peserta lawatan dapat merasai sendiri pengalaman dengan menyertai aktiviti-aktiviti Do-It-Yourself (DIY) seperti aktiviti menanam dan mengutip […]

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH

337656804_2314424285383853_7770618965888106729_n

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH terus digerakkan dalam menjadikan lokasi tumpuan pelancong dijaga dan berfungsi dengan baik. Kawasan Rekreasi Kuala Jengal, Dungun Terengganu merupakan salah satu tempat tumpuan umum bagi aktiviti berkelah dan mandi-manda. Akan tetapi akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini, kemudahan tandas dan kawasan sekitar telah terjejas dan kotor. Sehubungan […]