logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Gotong Royong Perdana

277250553_344536687703795_5400583628042346478_n

Program Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 1 April 2022 (Jumaat) sempena menyambut Ramadan di seluruh masjid dan surau perbandaran KETENGAH.

Insurans Takaful Berkelompok Kakitangan KETENGAH

Insurans Takaful Berkelompok Kakitangan KETENGAH merupakan insentif yang diberikan percuma kepada kakitangan demi menjaga kebajikan. Melalui caruman ini, seorang lagi kakitangan yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan saraf menerima manfaat iaitu Encik Mohd Fauzi bin Dollah. Bayaran insurans disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi).

Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah

276283905_342762724547858_7154934607686660834_n

Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggong Raja Brig. Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah telah merasmikan Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah dan komuniti Kampung Rantau Panjang, Dungun. Program ini berjaya dilaksanakan 2 hari (29 hingga 30 Mac 2022). Pelaksanaan program ini […]

Kursus Pemerkasaan Koperasi Desa Lestari Wilayah KETENGAH

277707699_343267097830754_8054113279919994698_n

KETENGAH melalui bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Koperasi Desa Lestari Wilayah KETENGAH pada 28 hingga 30 Mac 2022 bertempat di hotel E-Red Kuantan dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Zon Timur. Kursus ini bertujuan mendapatkan panduan dan maklumat jelas berkaitan peranan, fungsi dan memperkasakan lagi pengurusan pentadbiran koperasi yang terlibat di […]

Konvoi Muhibah Kelab Riders KETENGAH KESEDAR

277103775_341541934669937_9033111504864636891_n

Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melalui KESEDAR Rider Club yang sudi menerima kunjungan daripada KETENGAH Bikers. Program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan berkongsi pandangan antara kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini. Pengisian program ialah dengan mengadakan gotong- royong membersihkan Masjid Batu Papan, Gua Musang. Konvoi kemudiannya bergabung meneruskan […]

Program Karnival Usahawan Terengganu 2022 (KUAT 2022)

277528835_341394558018008_7394808437242855502_n

KETENGAH turut menyertai Program Karnival Usahawan Terengganu 2022 (KUAT 2022) bertempat di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Karnival Usahawan, Karnival Kerjaya, Fun Run & Fun Ride, Pertunjukan Wau Mega, Seminar Keusahawanan. KETENGAH telah membuka booth pameran korporat dan membawa 8 usahawan bimbingan.