logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Memartabatkan Seni Silat di Wilayah KETENGAH

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Usaha memartabatkan silat sebagai seni warisan terutama dalam kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya tidak pupus ditelan zaman. Fungsi silat bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari aspek keselamatan tetapi dilihat dari konteks pembentukan kerohanian. KETENGAH sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam melahirkan pesilat terutamanya di […]

Bantuan Pasca Banjir di Negeri Pahang dan Selangor

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah mengetuai Misi KETENGAH Ambik Cakna Keluarga Malaysia untuk misi bantuan pasca banjir di Negeri Pahang dan Selangor. KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Selangor dan Pahang melalui tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd. […]

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021

casting_2

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 (KMCT2021) telah melabuhkan tirainya pada kali ini. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YB. Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Digital Negeri Terengganu. Turut hadir bersama YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, En. Hafiz bin Hazin, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur dan wakil […]

Monsoon Casting Tournament 2021

casting_1

Monsoon Casting Tournament merupakan pertandingan memancing yang tidak asing lagi dikalangan kaki pancing malah acara ini turut disertai oleh peserta dari luar negara dan diadakan pada setiap tahun. Sekarang masih berlangsung acara berkenaan yang bermula dari 17 hingga 20 Disember 2021 bertempat di Tasik Kenyir. Seramai 352 orang peserta berentap untuk memenangi setiap acara yang […]

BENGKEL BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2022

BengkelBajet

Bengkel Bajet Pembangunan RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2022 telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2021 bertempat di Fraser Place Puteri Harbour, Johor. Seramai 34 orang pegawai telah terlibat dalam Bengkel ini yang terdiri daripada Pengurusan KETENGAH, Pegawai Bajet Bahagian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) KETENGAH. Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini […]

Pengiktirafan Emas Santuari Kelah Tasik Kenyir di MTCGA 2021

Tahniah

Petaling Jaya, 9 Disember 2021 – Usaha Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam membangunkan Santuari Kelah Tasik Kenyir sejak 2006 akhirnya diiktiraf oleh Malaysia Tourism Council Gold Awards (MTCGA) 2021 sebagai “Best Eco Tourism Initiative”. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan usaha daripada KETENGAH, Kerajaan Negeri Terengganu dan penggiat pelancongan terutamanya Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir […]