Bicara Ilmu Sempena Israk dan Mikraj

Memperingati peristiwa agung Israk Mikraj pada tarikh 27 Rejab bagi setiap tahun, KETENGAH telah mengadakan Bicara Ilmu Sempena Israk dan Mikraj dengan tajuk “Perjalanan Jasad Atau Mimpi”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Izzat Mohd Sukri. Beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Pondok Bukit Jong, Madrasah Darul Muhajirin dan pengkuliah berkitab serta penceramah bebas.
Terlalu banyak pengajaran dari kisah Israk dan Mikraj antaranya Allah SWT telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas. Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah SWT.
Mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah SWT akan melahirkan warga KETENGAH seorang berwibawa, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah yang berteraskan nilai dan etika Islam. Di samping itu, bekerja berlandaskan prinsip-prinsip syariah ke arah memajukan masyarakat desa demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Seramai 250 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah menghadiri ceramah tersebut. Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad.
Program Bicara Ilmu Israk dan Mikraj
Program Ilmu Keluarga Komuniti KETENGAH (PIKAT) Bersama LPPKN Terengganu

Artikel Lain